7 Sebab Pelanggan Memilih Kami

Bersiar-Siar di Sekitar Pulau Langkawi
2016-09-06

Adakah anda tahu mengapa lebih dari 3000 pelanggan menyewa kereta dengan kami ketika berada di Langkawi & Pulau Pinang?

1. Tempahan Segera dalam Talian.

Anda boleh menempah terus kereta anda dalam talian dan mendapatkan pengesahan dalam hanya beberapa minit. Tiada lagi proses tempahan manual yang merumitkan. Dan anda tidak perlu lagi menunggu 24 jam untuk mendapatkan pengesahan.

2. Mengapa Perlu Tempahan Terus?

Buat tempahan secara terus dengan pembekal sewaan kereta seperti kami untuk menikmati kadar dan perkhidmatan yang terbaik. Kebanyakan rakan kongsi portal kereta sewa bergabung dengan pembekal sewaan kereta tempatan. Kebiasaannya mereka sering menanggung perbelanjaan tambahan serta komisen, menjadikan kadar harga mereka lebih tinggi daripada kami.

Buat tempahan secara terus kepada kami dengan kata lain bermaksud menjadi orang pertama yang mendapatkan diskaun dan kadar khas. Berbeza dengan pembekal perkhidmatan sewaan kereta yang lain, kami tidak mempunyai rakan kongsi pihak ketiga yang hanya akan menyebabkan tambahan kos. Semua transaksi dibuat terus kepada kami.

3. Pengambilan Percuma

Kami boleh menjemput anda di destinasi yang paling mudah untuk anda. Pilih daripada lokasi pengambilan dan penghantaran utama: Lapangan Terbang Langkawi, Langkawi Mall.

4. Pengalaman Dalam Industri

Kami berbangga dengan pencapaian kami sepanjang tahun kami berkhidmat kepada pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati sejak 2011. Walaubagaimanapun, kami ingin terus meningkatkan mutu perkhidmatan kami dan menaik taraf model kereta kami dari tahun demi tahun untuk memenuhi jangkaan pelanggan kami.

5. Kadar Sewa Kereta Bajet

Kami tidak menambah kadar caj kami untuk bayaran komisen dan perbelanjaan tambahan. Oleh sebab itu kami dapat menyediakan anda dengan kadar sewa yang paling berpatutan di seluruh bandar ini.

6. Jenama Tempatan dengan Perkhidmatan Bertaraf Antarabangsa

Kami tidak mempunyai kereta berjenama popular seperti Avis, Hertz, atau kereta Eropah yang lain. Tetapi apa yang membezakan kami adalah perkhidmatan premium yang kami beri kepada pelanggan kami. Selain daripada menyediakan anda kereta yang berkualiti, kami juga memenuhi permintaan khas anda yang akan mencipta memori perjalanan anda yang indah ketika bersama dengan kami.

7. Model kereta yang dijaga dengan rapi

Majoriti kereta sewa kami tidak kurang daripada empat tahun, seterusnya memberikan jaminan kepada anda bahawa anda akan sentiasa mendapat kereta yang baru dari kami. Selain daripada itu, semua unit kami juga dibersihkan dan diselenggarakan dengan tetap untuk memastikan keselesaan dan keselamatan anda sepenuhnya.

Klik di sini untuk menempah kereta anda pada kadar terendah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *